Monday, February 16, 2009

WAKIL PENGETUA MENJALANKAN TUGAS

Sepanjang ketiadaan pengetua semasa menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP) dari 14 hingga 26 Februari 2009, Puan Rohani Daharum dilantik menjalankan tugas pengetua.

Terima kasih.
Pengetua.

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN (KKPP)

Pada 14 Februari hingga 26 Februari 2009, pengetua menghadir kursus KKPP anjuran Institiut Amiludin Baki Cawangan Utara bertempat di Jetra Kedah. Antara objektif kursus tersebut ialah:
a. memimpin peranan sebagai pengurus sekolah
b. memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengurusan pendidikan
c. mentadbir pejabat dan hal ehwal kewangan sekolah
d. mengurus kakitangan dan sumber-sumber lain dengan cekap
e. memahami konsep kurikulum dan dan memainkan peranan sebagai pengurus kurikulum

Antara kandungan kursus ialah:
a. Tadbir urus
b. Nilai dan etika
c. Pentadbiran Pejabat
d. Pengurusan Kewangan
e. Pengurusan Organisasi dan kewangan
f. Pembangunan Profesiaonal Guru Berasaskan Sekolah
g. Hubungan Sekolah dan Komuniti
h. Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum
i. Pengurusan ICT
j. Pengurusan HEM dan Kaunseling
k. Perancangan Strategik
l. E-learning
m. Pembentangan Kumpulan

PERHIMPUNAN BULANAN SMAS

Smas mengadakan Perhimpunan Bulanannya kali pertama pada 13 Februari 2009 bertempat bilik kuliah smas pada jam 3.00 petang. Semua warga SMAS menghadiri perhimpunan tersebut yang terdiri daripada guru, Ahli Khidmad Sokongan (AKS), wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Wakil majlis Ketua Tingkatan (MKT). Turut sama dijemput wakil swsata yang berkhidmatan dengan SMAS iaitu wakail kontraktor pembersihan, keselamatan, pengusaha kantin dan dewan makan. Perhimpunan tersebut dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Sh. Mahada Bin Sh. Attar, Pegawai Pelajarn daerah Sandakan.

SELAMAT HARI GURU SMAS!

Editor buletin Smas mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMAS...JASA MU DIKENANG GURU-GURU SMAS!